Tuesday, November 25, 2008

16 SEBAB KEGAGALAN PERNIAGAAN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Hari ini saya mendapat email daripada MENTOR JUTAWAN Dr Irfan Khairi. Beliau senaraikan 16 SEBAB KEGAGALAN PERNIAGAAN. Mari kita lihat punca kegagalan perniagaan dari kacamata seorang JUTAWAN INTERNET.
16 Sebab Kegagalan Perniagaan
Oleh: Irfan Khairi
Hasyam, sudah pasti, tiada siapa inginkan kegagalan dalam perniagaan, namun kegagalan perniagaan tetap terjadi. Ianya dikatakan lebih daripada 90% perniagaan yang dimulakan mengalami kegagalan. Berikut adalah sebab-sebab kegagalan perniagaan. Pastikan andamenjauhinya!
1: Tiada matlamat
Tiada matlamat yang jelas apa yang ingin dicapai oleh perniagaanyang dibina. Apakah matlamat perniagaan anda dalam masa 1 tahundari sekarang? Apakah matlamat perniagaan anda dalam masa 3 tahundari sekarang? Apakah matlamat perniagaan anda dalam masa 5 tahundari sekarang? Apakah matlamat perniagaan anda 10 tahun darisekarang? Matlamat akan menentukan arah tuju sesuatu perniagaan.Tanpa matlamat yang jelas, perniagaan tidak mempunyai daya danmotivasi untuk berkembang.
2: Tidak mengutamakan pelanggan
Pelanggan merupakan aset utama apa sahaja perniagaan. Utamakanpelanggan oleh kerana apa sahaja perniagaan berfungsi untukmemenuhi keperluan pelanggan. Ianya sering dikatakan dalambuku-buku perniagaan bahawa pelanggan adalah raja!
3: Tidak usahakan jualan
Keuntungan perniagaan datangnya dari jualan. Amat jarang sekalisesuatu jualan akan datang dengan sendiri. Usahawan perlumengusahakan untuk mendapatkan jualan. Pastikan momentum diteruskanuntuk mendapat jualan demi jualan oleh kerana tanpa jualan, tiadakeuntungan!
4: Tidak sabar
Naluri ramai usahawan adalah untuk menjadi kaya dengan segera.Perniagaan perlu dilihat untuk mendapat keuntungan jangka waktupanjang dan bukan meraih keuntungan maksima pada jangka waktusingkat.
5: Gagal meletakkan prioriti
Ianya dikatakan, 20% daripada usaha akan menghasilkan 80% daripadapulangan. Kesilapan ketara bagi mereka yang tidak bijak meletakkanprioriti adalah memberi fokus kepad 80% usaha perniagaan yang hanyamemberi 20% daripada pulangan. Agihkan kerja-kerja perniagaan yangtidak memerlukan masa dan tenaga anda kepada orang lain supayatenaga dan masa anda dapat ditumpukan pada aktiviti 20% yangmemberi keuntungan 80%.
6: Melakukan sesuatu di luar bidang.
Sebaiknya, jalankan perniagaan di mana letaknya kekuatan anda.Memulakan perniagaan yang bukan dalam kekuatan anda hanya akanmengurangkan motivasi anda.
7: Tidak mempunyai daya saingan pada produk atau perkhidmatan
Persaingan semakin sengit dalam arena perniagaan. Sesuatuperniagaan perlu mempunyai daya saingan yang hebat berbandingdengan pesaing dari segi lebih baik, atau lebih murah, atau lebihpantas dari pesaing. Tanpa daya saingan untuk membezakan andadengan pesaing, ianya hanya akan menenggelamkan perniagaan anda.
8: Produk tidak memenuhi keperluan pelanggan
Mempunyai produk untuk dijual adalah langkah utama memulakanperniagaan. Namun, dengan mempunyai produk sahaja, tidak mencukupi.Produk yang dijual perlu dapat memenuhi keperluan pelanggan.Mungkin anda ingin jual bahan kosmetik untuk memutihkan kulit,tetapi produk anda bukan sahaja memutihkan wajah pengguna, ianya menyebabkan kulit berminyak di wajah pengguna pula. Maka, produktersebut tidak dapat memenuhi keperluan pengguna.
9: Produk dan perkhidmatan pelanggan yang tidak berkualiti
Zaman ini, pelanggan mementingkan kualiti produk dan perkhidmatanpelanggan. Oleh kerana persaingan semakin tinggi, terdapatberbagai-bagai pilihan yang boleh dibuat oleh pelanggan. Produk danperkhidmatan yang berkualiti akan menjadi pilihan utama.
10: Gagal mengenalpasti pelanggan
Siapakah bakal pelanggan anda? Dimana komuniti bakal pelanggananda? Apakah kemampuan kewangan bakal pelanggan anda? Bagaimanacaranya anda boleh mencapai bakal pelanggan anda? Strategiperniagaan adalah menetapkan tumpuan pasaran anda (niche market).Dengan menetapkan tumpuan pasaran anda, ianya adalah lebih mudahmengenalpasti pelanggan anda untuk melakukan sebarang jualan.
11: Lemah dalam urusan kewangan
Fahami angka kewangan perniagaan anda. Pastikan setiap transaksiperniagaan diambil kira dan walaupun bunyinya mudah, namun, terlalubanyak perniagaan membelanja lebih daripada apa yang diterima.Bijak dalam berbelanja untuk perniagaan, walaupun usahawan perlumengambil risiko kewangan, namun risiko yang terbaik adalah risikoyang telah diselidik.
12. Gagal mengikut trend semasa dan pasaran
Trend dan pasaran berubah mengikut masa. Satu ketika dulu, walkmanmenjadi pilihan utama muda mudi berhibur, kini trend sudah berubahmenjadi pemain MP3! Usahawan perlu peka kepada trend semasa danpasaran supaya perniagaan sering dikemaskini mengikut arus zaman.
13: Perbelanjaan overhed yang tinggi
Seringkali kos overhed memakan segala keuntungan perniagaan.Pastikan kos overhed adalah pada minimum. Kos overhed termasuk koselektrik, kos pekerja, kos premis, kos air, kos Internet dansebagainya. Kos overhed akan sentiasa dikenakan setiap bulan.Sekiranya kos overhed mencecah RM20,000 setiap bulan, maka,keuntungan perniagaan perlu melebihi RM20,000 hanya untuk mendapatkeuntungan.
14: Tiada perancangan perniagaan
Tidak melakukan perancangan adalah merancang untuk gagal. Sediakanpelan dan langkah-langkah untuk mengembangkan perniagaan anda.Aturkan strategi pemasaran dalam mendapat pelanggan yang ramai.Perniagaan menjadi cemerlang bukan kerana nasib, tetapi keranaperancangan perniagaan yang lengkap.
15: Perancangan tanpa tindakan
Perancangan hanyalah langkah pertama. Perancangan tanpa tindakansusulan tidak akan membuahkan hasil! Pastikan apa yang dirancang,diimplementasikan. Apa akan terjadi sekiranya apa yang dilaksanakantidak menjadi dan gagal? Tidak mengapa, kegagalan akan mengajaranda untuk mengubah perancangan. Kegagalan adalah guru yang palingbaik dalam perniagaan sekiranya anda membenarkan diri andamempelajari dari kesilapan.
16. Gagal berhubung dengan pekerja
Sememangnya agak sukar menjalankan perniagaan dengan sendiri tanpamengagihkan kerja kepada pihak lain. Fahami kehendak dan keperluanpekerja oleh kerana pekerja akan membantu memajukan perniagaananda. Hubungan yang baik dengan pekerja akan memberi motivasikepada pekerja untuk berusaha dengan lebih tinggi dalam memajukanperniagaan anda.Dengan mengetahui dan memahami sebab-sebab kegagalan perniagaan,ianya dapat membantu anda menghindari dari kegagalan perniagaan.Namun begitu, perlu diingat juga bahawa, sekiranya sekiranya rezekiperniagaan tidak menyebelahi anda dan anda menghadapi kegagalan,gagal sekali, bukan bermaksud gagal selamanya. Teruskan usaha olehkerana kejayaan sering dijumpa disebalik kegagalan!
Daftarlah SEKARANG di http://alivingmydream.com/hasyammudin/ untuk mengetahui RAHSIA KEBEBASAN KEWANGAN menjadi I-USAHAWAN.

Sunday, October 19, 2008

3 MATLAMAT HIDUP


Assalamualaikum..

Sahabat sekalian. Ramadhan telah pergi meninggalkan kita dan Syawal juga telah hampir ke penghujungnya. Pejamkan mata, renungkan sejenak apakah perubahan positif yang telah kita lakukan setelah satu bulan menjalani latihan ROHANI dibulan Ramadhan. Jawapannya hanya ada di dalam diri kita sendiri. Ada orang yang mendapat PETUNJUK dan tidak kurang juga yang tidak dipedulikan oleh ALLAH SWT (Astahfirullah....).


Hidup manusia di muka bumi ALLAH ini mempunyai 3 matlamat asas.


1. MENJADI HAMBA ALLAH

Setiap manusia perlulah menjadi hamba ALLAH kerana hanya hamba Allah yang dapat sejahterakan bumi ini. Hamba Allah tidak akan melakukan kejahatan, kerosakan dan kemusnahan di atas muka bumi ini. Sekiranya manusia ingkar perintah Allah, mereka akan menjadi HAMBA DUIT, HAMBA MANUSIA dan HAMBA SYAITAN. Golongan inilah yang melakukan kerosakan di muka bumi ini.


2. MENJADI KHALIFAH DI BUMI

Manusia adalah khalifah di bumi ini. Memang semua orang tahu tetapi berapa ramaikah yang menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah yang menjadi hamba ALLAH???. Ramai khalifah dari kalangan manusia yang menjadi HAMBA DUIT dan HAMBA MANUSIA....!!! Klalifah yang adil hanya datang dari golongan HAMBA ALLAH sahaja.


3. MENJADI PEMAKMUR BUMI

Manusia perlu menjadi pemakmur di muka bumi ini dengan menjaga kesejahteraan muka bumi tanpa melakukan perkara-perkara yang memudaratkan bumi. Manusia tidak perlu memusnahkan hutan rimba, gunung-ganang, sungai dan tasik semata-mata untuk mencapai kemajuan. Apabila manusia tidak menjadi pemakmur kepada bumi maka bumi akan berada di ambang kemusnahan akibat daripada tangan manusia sendiri. Banyak bencana alam yang melanda adalah akibat kerakusan manusia yang gagal untuk menjadi HAMBA ALLAH, KHALIFAH dan PEMAKMUR di bumi ini.


Bersamalah kita renungkan untuk kebaikan bersama...INSYAALLAH.!


Daftarlah SEKARANG di http://alivingmydream.com/hasyammudin/ untuk mengetahui RAHSIA KEBEBASAN KEWANGAN menjadi I-USAHAWAN.

Atau hubungi 017-9817119

Tuesday, September 16, 2008

RAMADHAN DAN KANAK-KANAK

Salam Ramadhan buat rakan-niaga SST dan pembaca sekalian.
Hemmm..pejam celik dah 16 Ramadhan hari ni! Cepatnya masa bergerak meninggalkan kita. Memang masa tidak pernah menunggu kita. Kitalah yang perlu sentiasa mengejar masa agar tidak ketinggalan untuk membuat kebaikan dibulan yang mulia ini.
Anak-anak juga perlu merasakan aura Ramadhan ini di rumah kita. Sentiasa melakukan ibadat sunat, membaca AL QURAN dan berzikir akan membangkitkan aura positif di dalam rumah disamping mendapat pahala daripada ALLAH SWT. Mendidik anak kecil untuk melakukan ibadah puasa perlu dilakukan dengan penuh kasih-sayang tetapi punya ketegasan. Anak kita seawal umur 6 tahun boleh di ajar berpuasa. Mulakan dengan separuh hari dahulu dan lihat keadaan mereka. Kemudian sehari penuh dan lihat bagaimana respon mereka. Dalam masa yang sama berikan kepada mereka ilmu TAUHID dan FEQAH secara bersahaja tanpa tekanan. Memang kanak-kanak perlu sentiasa riang tanpa tekanan.
Ibu-bapa perlu mengajar tentang RUKUN ISLAM kerana di dalamnya terdapat ibadat asas yang perlu dilakukan oleh seorang muslim. Apabila anak-anak telah faham tentang RUKUN ISLAM ini maka mereka akan tahu kewajiban mereka untuk melakukan ibadah puasa.
Dalam pada itu jangan lupa memberikan segelas susu IgG Plus kepada anak anda setiap pagi semasa bersahur kerana ianya akan membantu memberikan tenaga kepada anak anda agar mereka sentiasa ceria dan cergas walaupun sedang berpuasa. Anak dara saya yang berusia 6 tahun pun telah melakukan ibadah puasa pertamanya Ramadhan ini. Dengan mengamalkan Susu IgG Plus setiap hari, kita dapat meningkatkan pertumbuhan sel-sel baru bagi menggantikan sel-sel yang lama yang mungkin dah tamat tempoh.
Sekian, jumpa lagi.
Hasyam, Temerloh.
HP: 017-9817119
Daftarlah SEKARANG di http://alivingmydream.com/hasyammudin/ untuk mengetahui RAHSIA KEBEBASAN KEWANGAN.
Ingin beli Quran Digital? Sila klik http://qurandigital.net

Thursday, September 11, 2008

RAMADHAN & BISNES ANDA

Salam Sejahtera.
Rakan niaga SST dan para pembaca sekalian.
Hari ini merupakan hari ke 11 kita berpuasa. Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana dipanjangkan umur kita sehingga kesaat ini. Kesempatan yang Allah berikan pada kali ini hendaklah digunakan sebaik-baiknya untuk mendapatkan KEAMPUNAN,GANJARAN dan perlindungan daripada Allah yang Maha Besar lagi Maha Penyayang.
Kelmarin, 10 Ramadhan pada tahun 2 Hijriah (ada setengah Ulama' mengatakan 17 Ramadhan) merupakan suatu tarikh yang perlu diingati oleh seluruh umat Islam. Pada 10 Ramadhan telah berlaku Peperangan Badar yang menjadi titik-tolak pengembangan ajaran Islam di zaman Rasulullah. Umat Islam ketika itu sedang menjalankan ibadah puasa namun demikian tidak menjadi halangan bagi mereka untuk berperang demi menegakkan Agama Allah.
Cuba kita renung ke dalam diri kita ini. Adakah bulan Ramadhan telah menjadikan kita lebih kuat atau sebaliknya? Sepatutnya puasa Ramadhan akan menjadikan jiwa @ roh kita lebih kuat dan kental kerana melakukannya semata-mata untuk mendapatkan keredaan Allah. Jiwa yang kuat nescaya akan menzahirkan fizikal yang kuat dan cergas.
Begitulah indahnya Ramadhan yang dikurniakan oleh Allah kepada umat Islam yang mempunyai pelbagai keistimewaan yang tidak terhitung oleh kita, MasyaAllah!
Kejarlah Ramadhan tahun ini kerana pada tahun depan belum tentu kita akan bertemu dengannya..
Wassalam
Hasyam, Temerloh.
017-9817119
Daftarlah SEKARANG di http://alivingmydream.com/hasyammudin/ untuk mengetahui RAHSIA KEBEBASAN KEWANGAN menjadi I-USAHAWAN.

Wednesday, August 13, 2008

BERITA BAIK UNTUK WARGA TEMERLOH DAN JENGKA

Salam Sejahtera,

Warga SST dan Pembaca Sekalian.

BERITA BAIK BAGI PENDUDUK TEMERLOH DAN BANDAR JENGKA
Sekiranya anda tinggal di kawasan Temerloh dan Jengka jangan lepaskan peluang untuk menghadiri SEMINAR PELUANG PERNIAGAAN anjuran Smart Naco bersama Smart Success Team.

Ketahuilah kehebatan Susu IgG Plus yang menjadi "killer" produk Smart Naco yang telah merangkul beberapa anugerah ANTARABANGSA.

JANGAN LEPASKAN PELUANG INI, BERILAH PELUANG KEPADA DIRI ANDA

TARIKH : 16/08/2008

MASA : 2.30 PETANG

TEMPAT : MERCU VIEW RESORT, BANDAR JENGKA

Daftarlah SEKARANG di http://alivingmydream.com/hasyammudin/ untuk mengetahui RAHSIA KEBEBASAN KEWANGAN menjadi I-USAHAWAN.

Hasyam
Temerloh
TEL/SMS 017-9817119 untuk maklumat lanjut.

Sunday, August 10, 2008

STRATEGI 333


Salam Sejahtera.
Rakan niaga SST dan pembaca yang dihormati sekalian.
Wah..lama juga saya tak update blog kesayangan saya ini. Sejak kebelakangan ini saya agak sibut dengan urusan kerja yang agat memenatkan juga. Namun demikian SST tetap jadi keutamaan walaupun saya melakukannya secara part-time.
Hari ini saya mendapat suntikan semangat yang hebat dengan kehadiran 2 LEADER HEBAT SST ke Temerloh. Ini merupakan lawatan istimewa SPD Zulkifli Hassan dan SPD Khairuddin Abdullah sempena "road-tour" mereka mengellingi Malaysia untuk berjumpa dengan "anak buah" mereka.
Saya amat bertuah kerana dapat berjumpa dengan beberapa orang Rakan Niaga SST dari Temerloh dan Bandar Jengka. Memang tak disangka rupanya Susu IgG Plus pernah "meletup" jualannya di kawasan Temerloh suatu waktu dahulu. Leader hebat kawasan Bandar Jengka PD Roshidi juga hadir dengan beberapa orang downlinenya. Selama ini saya hanya "contact" member-member SST secara online sahaja tetapi hari saya dapat jumpa secara offline pula. Secara tak langsung "aura positif" mereka telah menyerap kepada saya.
Sememangnya suntikan semangat dan motivasi daripada leader-leader hebat amatlah berguna kepada orang seperti saya.

Penerangan lanjut tentang Strategi 333 secara langsung daripada SPD Zul dan SPD Che Din amat berguna untuk saya meneruskan perjalanan bisnes bersama SST. Insyaallah SST akan berkembang maju di bumi Temerloh dengan berkat usaha keras ahli-ahli SST kawasan Temerloh.
SEKIRANYA ANDA INGIN MENGETAHUI KEHEBATAN ON-LINE BISNES BERSAMA "SMART SUCCESS TEAM" SILA KLIK http://alivingmydream.com/hasyammudin
ATAU HUBUNGI SAYA : SMS/CALL DI 017-9817119
"JUMPA ANDA DI PUNCAK KEJAYAAN"

Wednesday, July 16, 2008

Pendapat Doktor Mengenai Susu IgG Plus

Salam Sejahtera,
Rakan Niaga SST dan pembaca sekalian.

Kata-kata HIKMAT untuk hari ini.

"Jangan Biarkan Keadaan Menguasai Kita Tetapi Kita Yang Menguasai Keadaan"

Kita dengar apa kata Tuan Doktor mengenai SUSU IgG PLUS...


Sila KLIK http://www.youtube.com/watch?v=o0z6JJ_jNik