Tuesday, September 16, 2008

RAMADHAN DAN KANAK-KANAK

Salam Ramadhan buat rakan-niaga SST dan pembaca sekalian.
Hemmm..pejam celik dah 16 Ramadhan hari ni! Cepatnya masa bergerak meninggalkan kita. Memang masa tidak pernah menunggu kita. Kitalah yang perlu sentiasa mengejar masa agar tidak ketinggalan untuk membuat kebaikan dibulan yang mulia ini.
Anak-anak juga perlu merasakan aura Ramadhan ini di rumah kita. Sentiasa melakukan ibadat sunat, membaca AL QURAN dan berzikir akan membangkitkan aura positif di dalam rumah disamping mendapat pahala daripada ALLAH SWT. Mendidik anak kecil untuk melakukan ibadah puasa perlu dilakukan dengan penuh kasih-sayang tetapi punya ketegasan. Anak kita seawal umur 6 tahun boleh di ajar berpuasa. Mulakan dengan separuh hari dahulu dan lihat keadaan mereka. Kemudian sehari penuh dan lihat bagaimana respon mereka. Dalam masa yang sama berikan kepada mereka ilmu TAUHID dan FEQAH secara bersahaja tanpa tekanan. Memang kanak-kanak perlu sentiasa riang tanpa tekanan.
Ibu-bapa perlu mengajar tentang RUKUN ISLAM kerana di dalamnya terdapat ibadat asas yang perlu dilakukan oleh seorang muslim. Apabila anak-anak telah faham tentang RUKUN ISLAM ini maka mereka akan tahu kewajiban mereka untuk melakukan ibadah puasa.
Dalam pada itu jangan lupa memberikan segelas susu IgG Plus kepada anak anda setiap pagi semasa bersahur kerana ianya akan membantu memberikan tenaga kepada anak anda agar mereka sentiasa ceria dan cergas walaupun sedang berpuasa. Anak dara saya yang berusia 6 tahun pun telah melakukan ibadah puasa pertamanya Ramadhan ini. Dengan mengamalkan Susu IgG Plus setiap hari, kita dapat meningkatkan pertumbuhan sel-sel baru bagi menggantikan sel-sel yang lama yang mungkin dah tamat tempoh.
Sekian, jumpa lagi.
Hasyam, Temerloh.
HP: 017-9817119
Daftarlah SEKARANG di http://alivingmydream.com/hasyammudin/ untuk mengetahui RAHSIA KEBEBASAN KEWANGAN.
Ingin beli Quran Digital? Sila klik http://qurandigital.net

No comments:

Post a Comment

Please leave your comments or suggestions