Thursday, September 11, 2008

RAMADHAN & BISNES ANDA

Salam Sejahtera.
Rakan niaga SST dan para pembaca sekalian.
Hari ini merupakan hari ke 11 kita berpuasa. Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana dipanjangkan umur kita sehingga kesaat ini. Kesempatan yang Allah berikan pada kali ini hendaklah digunakan sebaik-baiknya untuk mendapatkan KEAMPUNAN,GANJARAN dan perlindungan daripada Allah yang Maha Besar lagi Maha Penyayang.
Kelmarin, 10 Ramadhan pada tahun 2 Hijriah (ada setengah Ulama' mengatakan 17 Ramadhan) merupakan suatu tarikh yang perlu diingati oleh seluruh umat Islam. Pada 10 Ramadhan telah berlaku Peperangan Badar yang menjadi titik-tolak pengembangan ajaran Islam di zaman Rasulullah. Umat Islam ketika itu sedang menjalankan ibadah puasa namun demikian tidak menjadi halangan bagi mereka untuk berperang demi menegakkan Agama Allah.
Cuba kita renung ke dalam diri kita ini. Adakah bulan Ramadhan telah menjadikan kita lebih kuat atau sebaliknya? Sepatutnya puasa Ramadhan akan menjadikan jiwa @ roh kita lebih kuat dan kental kerana melakukannya semata-mata untuk mendapatkan keredaan Allah. Jiwa yang kuat nescaya akan menzahirkan fizikal yang kuat dan cergas.
Begitulah indahnya Ramadhan yang dikurniakan oleh Allah kepada umat Islam yang mempunyai pelbagai keistimewaan yang tidak terhitung oleh kita, MasyaAllah!
Kejarlah Ramadhan tahun ini kerana pada tahun depan belum tentu kita akan bertemu dengannya..
Wassalam
Hasyam, Temerloh.
017-9817119
Daftarlah SEKARANG di http://alivingmydream.com/hasyammudin/ untuk mengetahui RAHSIA KEBEBASAN KEWANGAN menjadi I-USAHAWAN.

No comments:

Post a Comment

Please leave your comments or suggestions