Sunday, October 19, 2008

3 MATLAMAT HIDUP


Assalamualaikum..

Sahabat sekalian. Ramadhan telah pergi meninggalkan kita dan Syawal juga telah hampir ke penghujungnya. Pejamkan mata, renungkan sejenak apakah perubahan positif yang telah kita lakukan setelah satu bulan menjalani latihan ROHANI dibulan Ramadhan. Jawapannya hanya ada di dalam diri kita sendiri. Ada orang yang mendapat PETUNJUK dan tidak kurang juga yang tidak dipedulikan oleh ALLAH SWT (Astahfirullah....).


Hidup manusia di muka bumi ALLAH ini mempunyai 3 matlamat asas.


1. MENJADI HAMBA ALLAH

Setiap manusia perlulah menjadi hamba ALLAH kerana hanya hamba Allah yang dapat sejahterakan bumi ini. Hamba Allah tidak akan melakukan kejahatan, kerosakan dan kemusnahan di atas muka bumi ini. Sekiranya manusia ingkar perintah Allah, mereka akan menjadi HAMBA DUIT, HAMBA MANUSIA dan HAMBA SYAITAN. Golongan inilah yang melakukan kerosakan di muka bumi ini.


2. MENJADI KHALIFAH DI BUMI

Manusia adalah khalifah di bumi ini. Memang semua orang tahu tetapi berapa ramaikah yang menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah yang menjadi hamba ALLAH???. Ramai khalifah dari kalangan manusia yang menjadi HAMBA DUIT dan HAMBA MANUSIA....!!! Klalifah yang adil hanya datang dari golongan HAMBA ALLAH sahaja.


3. MENJADI PEMAKMUR BUMI

Manusia perlu menjadi pemakmur di muka bumi ini dengan menjaga kesejahteraan muka bumi tanpa melakukan perkara-perkara yang memudaratkan bumi. Manusia tidak perlu memusnahkan hutan rimba, gunung-ganang, sungai dan tasik semata-mata untuk mencapai kemajuan. Apabila manusia tidak menjadi pemakmur kepada bumi maka bumi akan berada di ambang kemusnahan akibat daripada tangan manusia sendiri. Banyak bencana alam yang melanda adalah akibat kerakusan manusia yang gagal untuk menjadi HAMBA ALLAH, KHALIFAH dan PEMAKMUR di bumi ini.


Bersamalah kita renungkan untuk kebaikan bersama...INSYAALLAH.!


Daftarlah SEKARANG di http://alivingmydream.com/hasyammudin/ untuk mengetahui RAHSIA KEBEBASAN KEWANGAN menjadi I-USAHAWAN.

Atau hubungi 017-9817119